Statistik
Bilangan Ahli: 341
Pelawat: 200643
Pelawat Hari Ini: 169
Pelawat Sekarang: 9
Status
Tarikh Kemaskini:
25/04/2012
Amalan-amalan penting dalam penghantaran dan menjawab e-mel
- Menjawab atau memberi maklumbalas e-mel yang diterima dengan kadar segera selewat-lewatnya satu (1) hari dari tarikh e-mel berkenaan di terima;
- Penggunaan "reply all" hanya digunakan jika e-mel berkenaan perlu disalinkan kepada semua penerima e-mel lain;
- Menggunakan kemudahan "reply" apabila menjawab e-mel kepada penghantar asal tanpa sebarang perubahan ke atas kandungan asal e-mel tersebut;
- Menggunakan kemudahan "forward" untuk memanjang atau memajukan e-mel kepada penerima lain tanpa sebarang perubahan kandungan asal e-mel;
- Penggunaan jawapan automatik atau auto-reply adalah dilarang kecuali dalam keadaan yang sangat terdesak apabila kemudahan ini diperlukan untuk memaklumkan pegawai yang boleh dihubungi apabila pemilik sesuatu akaun e-mel berada di luar pejabat yang mungkin tidak mempunyai kemudahan e-mel; dan
- Bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penggunaan mailbox masing-masing.