Memastikan keselamatan kebakaran dan langkah berjaga-jaga dipatuhi berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL 1984) atau undang-undang berkaitan.
Mengambil konsep 'Mencegah Lebih Baik Daripada Memadam' Bahagian Pencegah dan Keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan risiko kebakaran dan meminimakan kerugian kebakaran. Oleh itu,untuk mencapai objektif dan fungsi bahagian di antara langkah komprehensif yang diambil termasuk:-
1. Mengkaji dan memberi perakuan kepada rekabentuk bangunan baru dengan memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan kebombaan.
2. Menyelaras dan mengkaji keberkesanan piawaian dan kod-kod amali yang digunapakai.
3. Memantau, menyelaras aktiviti pengkajian pelan dan pengeluaran surat sokongan Sijil Menduduki Bangunan di peringkat negeri.
4. Menyelaras, menaja dan menyediakan panduan-panduan pendidikan awam kepada usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap pentingnya pencegahan kebakaran.