blue
blue
blue
 

BULETIN MEKAR.

PENYIASATAN KEBAKARAN

 

Bahagian Pertama

Pengenalan kepada Bahagian Penyiasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),

Bahagian Penyiasatan Kebakaran ataupun ‘Fire Investigation Department’ (FID) ditubuhkan berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341) di bawah seksyen 5(1),(b), Sek. 38 & Sek. 45 serta Arahan P/Kuasa Bil 1/2003. Berdasarkan peruntukan yang ada maka penubuhan bahagian ini akan menjalankan siasatan kebakaran yang berlaku dengan menilai beberapa faktor dan andaian (hipotesis) yang boleh menemukan kepada punca dan sumber utama yang menyebabkan kebakaran. Objektif penyiasatan kebakaran adalah untuk menjalankan penyiasatan dan penyelidikan secara saintifik dan sistematik mengenai sebab, punca dan hal keadaan kebakaran serta keberkesanan operasi pemadaman pada sesuatu kebakaran struktur dan juga kenderaan bermotor.
Aspek-aspek penyiasatan kebakaran adalah :

  1. Melaksanakan Penyiasatan Kebakaran bagi kebakaran struktur dan kenderaan bermotor tahap kemusnahan II dan III di tempat berlakunya kebakaran yang telah diperuntukan di bawah seksyen 5 (1) (b) akta 341.
  2. Menjalankan aktiviti soalsiasat saksi-saksi kejadian kebakaran struktur dan kenderaan bermotor sepertimana yang diperuntukan di bawah seksyen 42 dan seksyen 43 Akta 341.
  3. Menilai hasil siasatan dan bahan-bahan bukti dari segi kesahihan dan membuat kajian atau rujukan pakar mengenai hasil kajian untuk tujuan menyediakan laporan penyiasatan kebakaran (FIR 1) berdasarkan Arahan Penguatkuasa Bil. 1 / 2003.
  4. Memastikan pelaksanaan penyiasatan kebakaran struktur dan kenderaan bermotor yang dijalankan berdasarkan Arahan Penguatkuasa Bil. 1 / 2003 mengikut peruntukan undang-undang sepertimana yang termaktub di dalam Akta 341.
  5. Membuat rujukan atau kajian seterusnya untuk membuat rumusan dan pengesahan mengenai punca kebakaran berdasarkan hasil siasatan dan ujikaji di makmal.
  6. Mengkaji keberkesanan kerja-kerja pemadaman dan Pepasangan Keselamatan Kebakaran bagi kebakaran struktur dan kenderaan bermotor sepertimana yang diperuntukan di bawah seksyen 5 (1) (a) Akta 341 dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UUKBS 1984).
  7. Sebagai saksi di mahkamah dalam memberi keterangan (akta keterangan 56) yang berkaitan dengan mana-mana kes penyiasatan kebakaran struktur dan kenderaan bermotor yang melanggar kesalahan di bawah peruntukan Akta 341 berkaitan dengan apa-apa kebakaran secara sengaja (arson).
  8. Memastikan aktiviti penyiasatan kebakaran bagi kebakaran struktur dan kenderaan bermotor mengikut Arahan Penguatkuasa Bil. 1 / 2003, pekeliling-pekeliling berkaitan dengan penyiasatan kebakaran dijalankan dengan berkesan.
  9. Membuat laporan penyiasatan kebakaran (FIR 1) bagi kebakaran struktur dan kenderaan bermotor sepertimana format yang sedia ada berdasarkan Arahan Penguatkuasa Bil. 1/2003 dan menyemak laporan penyiasatan kebakaran (FIR 1) yang disediakan di Peringkat Unit Penyiasatan Kebakaran untuk tujuan penambahbaikan.
  10. Membantu menyemak dan menganalisa laporan-laporan penyiasatan kebakaran yang dikemukakan dari balai-balai daerah dan memastikan penambahbaikan dibuat sepenuhnya untuk menghasilkan laporan-laporan penyiasatan kebakaran yang sempurna.

     

Bagi bahagian pertama ini, pegawai akan menerangkan bagaimana proses penyiasatan kebakaran di lakukan. Ini perlu, supaya anggota-anggota yang menjalankan tugas di bahagian-bahagian lain dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang tugas-tugas yang dilakukan di Bahagian Penyiasatan Kebakaran.

 

 

Setelah mendapat maklumat awal berkaitan kes kebakaran yang berlaku, maka Bahagian Penyiasatan Kebakaran akan menerima Borang Siasat 1 dari balai yang mengendalikan kes tersebut. Penghantaran Borang Siasat 1 boleh dihantar melalui faks atau penghantaran melalui tangan. Maka Bahagian Penyiasatan Kebakaran akan membuka satu fail siasatan dan bergegas ketempat kejadian. Sebelum itu, balai-balai yang melaporkan dan mengendalikan kes tersebut perlulah menyediakan satu salinan ‘Buku Akren” yang berkaitan dengan kes kebakaran yang dilaporkan kepada Bahagian Penyiasatan.

Ketua Unit Siasatan akan mengarahkan pegawai-pegawai penyiasat untuk menjalankan tugas yang telah diarahkan seperti jurugambar, soalsiasat saksi, pemugaran, mengumpul bahan-bahan bukti dan lain-lain. Setiap anggota atau krew ini mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencari dan mengenalpasti semua-semua aspek yang berkaitan untuk mengetahui punca kebakaran. Apabila sampai di tempat kejadian, Ketua Unit perlu mencari saksi kejadian tersebut dan melakukan hipotesis ataupun kesimpulan awal mengenai punca kebakaran, melakukan size-up untuk mengetahui di manakah kawasan yang menjadi kawasan yang mula-mula berlakunya kebakaran atau ‘fire origin’.

 

 

Bagi krew-krew yang lain, mereka akan melakukan tugas masing-masing seperti yang telah diarahkan. Sebagai contoh; jurugambar akan mengambil semua gambar gambar yang menunjukkan bukti-bukti atau apa-apa sahaja gambaran yang boleh menjadi rujukan. Setiap kawasan akan diambil gambar dan tempat penemuam atau lokasi bahan-bahan bukti ditemui akan diambil gambar sebagai rekod penting. Pemugaran, akan dilakukan pemugaran kawasan kejadian supaya dapat dikenalpasti di mana punca kepada kebakaran yang sedang berlaku. Membuat lakaran premis dan membuat ukuran kawasan yang terlibat dan lain-lain lagi.
Di keluaran yang akan datang, saya akan menerangkan bagaimana siasatan yang dijalankan untuk menentukan punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran.