blue
blue
blue
 

KATA-KATA ALUAN YS PENGARAH

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelawat yang sedang melayari laman web rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,  Negeri Perak.

    Secara umumnya laman web ini diwujudkan adalah sebagai media penyebaran informasi maklumat terkini mengenai aktiviti dan kegiatan dalam organisasi JBPM,  Negeri Perak.  Penumpuan seterusnya disasarkan kepada masyarakat bagi mewujudkan kesedaran dengan meneliti garis panduan dalam konteks keselamatan kebakaran.

    Sekiranya terdapat sebarang pandangan dan saranan,  pihak jabatan mengalu-alukan idea-idea luar bagi sama-sama kita sebagai rakyat 1 Malaysia meningkatkan serta membangunkan  rangkaian ICT Negara selaras dengan hasrat kerajaan.

     Selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,  Negeri Perak.


Sekian Terima Kasih.


Haji Yahaya bin Haji Madis,
YS Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,  Negeri Perak.