Aktiviti Bomba
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN (NOVEMBER) 2011
23 November 2011. “ Tanpa disedari kita sebenarnya telah berada di penghujung tahun 2011 di mana, sebagai penjawat awam amnya dan khususnya sebagai seorang pegawai bomba seharusnya melihat apa jua kelemahan yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2011 untuk dibuat penambahbaikan pada tahun hadapan dari semua aspek perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan”. Kata YS Pengarah JBPM, Negeri Perak semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan (November) peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Perak.
Dalam majlis ini juga YS Pengarah turut menyempurnakan upacara pemakaian tanda pangkat kepada 12 orang pegawai dari Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 ke Penolong Kanan Penguasa Bomba Gred KB32.
ADMIN pk…
Galeri Gambar