blue
blue
blue
 
Makluman

MAKLUMAN PEMBATALAN SYARAT KEPERLUAN JARAK MAKSIMA DERETAN / JUMLAH PLOT BAGI RUMAH TERES


Keperluan sebelum ini     :

Untuk satu-satu deretan rumah teres,  pengukuran panjang maksima diukur dari cucur atap satu sisi ke cucur atap sisi yang bertentangan sebagaimana dalam rajah ditandakan dengan  X.  Panjang maksima hendaklah tidak melebihi 300 kaki.   Bagaimanapun jumlah plot bagi satu deretan juga hendaklah tidak melebihi 16 unit rumah.

 

Pemisah api juga perlu diadakan di antara dua deretan rumah teres.  Lebar minimum yang perlu disediakan ialah 3 meter yang diukur dari garis sempadan atau pagar unit terakhir deretan ke garis sempadan atau pagar unit pertama deretan seterusnya sebagaimana dalam rajah ditandakan dengan Y.

 

Keperluan semasa        :

Mengikut garis panduan yang terkandung dalam Undang-Undang Kecil 146 dan Jadual Keenam Undang-Undang Bangunan Seragam (UBBL) 1984 berkaitan sempadan (national boundary).



         Mulai 27 Ogos 2009 keperluan sebelum ini dibatalkan dan keperluan semasa adalah diguna pakai.