Aktiviti Bomba
MALAM CAHAYA DEEPAVALI KALI KE-12 CATAT SEJARAH
26 Nov. 2011. Sambutan Malam Cahaya Deepavali kali ke-12 pada kali ini telah mencatatkan sejarah dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak dengan kehadiran YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ahli Parlimen Tapah, dan YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam. Ketibaan mereka telah disambut mesra oleh YS Haji Yahaya bin Haji Madis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak serta pegawai-pegawai kanan jabatan.
Kalungan bunga malai diberi kepada semua tetamu VIP yang hadir pada malam itu sebagai mengalu-alukan kedatangan mereka. Kalungan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Sambutan Malam Cahaya Deepavali Tuan P. Samasuvam.
Pelbagai juadah makanan tradisional kaum India dihidangkan untuk semua hadirin dengan diiringi persembahan tarian pelbagai etnik dan tradiosional kaum india yang melambangkan warga bomba hidup dalam semangat perpaduan 1 Malaysia yang sentiasa bersatu dalam apa-apa sambutan perayaan.
Pengerusi dan Ahli jawatankuasa sambutan mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang telah hadir serta kepada semua ahlijawatankuasa yang terlibat dalam membantu menjayakan majlis ini.
ADMIN pk...
Galeri Gambar