blue
blue
blue
 
Bahagian Keselamatan Kebakaran

Objektif

Untuk memastikan aspek-aspek pencegahan kebakaran difahami dan dilaksanakan secara sistematik dan berkesan bagi melindungi nya dan harta dari kemusnahan.

Penerangan Aktiviti

Bahagian ini mempunyai tiga sub-aktiviti iaitu Kajian Pelan, Pelesenan dan Kajian Piawaian. Ia bertanggungjawab mengkaji dan member syor-syor kebombaan kepada pelan-pelan bangunan baru yang ada hubungkait dengan pencegahan dan keselamatan kebakaran. Bagi bangunan- bangunan yang dibina mematuhi kehendak dan peraturan yang ditetapkan, satu permeriksaan dan ujian akan dilakukan ke atas kelengkapan dan dipasang ini bertujuan supaya peralatan sistem kebakaran menepati spesifikasi dan berfungsi dengan baik serta memuaskan. ia juga bertanggungjawab dalam urusan pengeluaran surat sokongan dan perlesenan serta menjalankan aktiviti kempen kesedaran mencegah kebakaran.
Fungsi Bahagian

Cawangan Perakuan Bangunan

 1. Pelan Bangunan.
2. Pelan Mechnical & Electrical.
3. Pelan Water Reticulation.
4. Kajian Bangunan mengunakan performance based (Fire Safety Engineering).
5. Membuat Pemeriksaan dan pengujian sistem Pepasangan keselamatan Kebakaran.
6. Memantau pelaksanaan perakuan keselamatan kebakaran di daerah.
7. Mengeluarkan Perakuan Keselamatan kebakaran.
8. Mengkaji kehendak-kehendak keselamatan kebakaran ke atas permohonan perlesenan.
9. Menjalankan pemeriksaan ke atas bangunan tersebut.
10. Mengkaji kecukupan keselamatan kebakaran.
11. Mengeluarkan Perakuan Perlesenan Bangunan.
12. Memantau pelaksanaan perakuan keselamatan kebakaran di daerah.

Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Awam

1. Mengumpul dan menganalisis maklumat keperluan latihan.
2. Menentukan keperluan latihan Jabatan kepada orang awam.
3. Merangka dan melaksanakan program latihan.
4. Merangka dan melaksanakan ceramah mengenai keselamatan kebakaran kepada orang awam.
5. Merangka dan melaksanakan program kesedaran keselamatan awam.

Cawangan Penguatkuasaan keselamatan Bangunan

1. Membuat pemeriksaan ke atas premis atau bangunan.
2. Menghapuskan Bahaya Kebakaran seksyen 8 Akta 341.
3. Menjalankan kerja-kerja Penghapusan Bahaya Kebakaran di bawah seksyen 9,11 dan 12 Akta 341.
4. Perintah Tutup seksyen 13 Akta 341.
5. Perintah Larangan dan menghentikan kegiatan seksyen 35 Akta 341.
6. Menerima permohonan.
7. Mengkaji Pelan Premis dan Maklumat Premis.
8. Membuat Pemeriksaan ke atas premis.
9. Pengeluaran Perakuan Bomba berdasarkan kepada seksyen 27 hingga 33 Akta 341.
10. Memproses permohonan pembaharuan.
11. Memproses permohonan gantian, rayuan.