Kejuruteraan Jentera
Objektif
Untuk memastikan peralatan dan jentera Jabatan Bomba dan Penyelama Malaysia berfungsi dengan baik, berekonomi, selamat dan dikemaskini bagi memberi perkhidmatan kebombaan yang berkesan.
Penerangan Aktiviti
Bahagian ini bertanggungjawab menyelenggara semua Kenderaan dan Peraatan kebombaan bermotor. Tumpuan diberikan kepada Program Penyelenggaraan Pencegahan keatas kenderaan dan Peralatan disamping membaiki kerosakan yang berlaku dari semasa ke semasa Aktiviti lain Bahagian ini adalah memberi khidmat nasihat teknikal bagi perolehan kenderaan dan peralatan kebombaan baru merangkumi kerja-kerja menjalankan kajian, penyediaan spesifikasi dan pengujian prestasi.
Fungsi Bahagian
1. Menguruskan peruntukan Mengurus Bahagian.
2. Mengawal dan merancang pembekalan peralatan dan alatgandi kenderaan dan peralatan kebombaan.
3. Melaksanakan penyelenggaraan Kenderaan.
4. Melaksanakan penyelenggaraan semua peralatan jabatan.