blue
blue
blue
 
Unit Perhubungan Awam

Piagam Pelanggan

 Komitmen kami adalah untuk menyampaikan dan menghebahkan maklumat-maklumat lengkap berhubung dengan aktiviti Jabatan Bomba dan Penyelamat,  Malaysia kepada masyarakat secara berkesan dan professional.

Dengan itu kami berjanji akan :

  • Sentiasa bersedia untuk memberikan Khidmat Perhubungan Awam dengan cekap dan berkesan serta memberikan kepuasan kepada pelanggan.
  • Memastikan dan menentukan aspek-aspek perhubungan awam dilaksanakan dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.
  • Membantu Jabatan dalam menjaga,  mengendalikan dan meningkatkan perhubungan dengan sektor awam,  swasta dan di dalam Jabatan sendiri.
  • Memastikan proses pengendalian aduan pelanggan Jabatan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh aduan diterima.