blue
blue
blue
 
Operasi Kebombaan dan Penyelamat

Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan kepada semua lapisan masyarakat dengan cekap dan berkesan.

Dengan itu kami berjanji akan :
  • Mengeluarkan jentera bomba pertama ke tempat kecemasan dalam tempoh 60 saat dari mula loceng dibunyikan.
  • Mengeluarkan pancutan pertama dalam masa tiga (3) minit dari masa mula tiba ke tempat kejadian kebakaran.
  • Menyiapkan laporan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima semua maklumat dan dokumen yang diperlukan dari pemohon.
  • Kami juga berjanji akan sentiasa mempertingkatkan kemampuan agar dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang setiap masa.