|
|
Sejarah peraturan pemasangan sistem springkler otomatik telah bermula pada tahun 1885 yang di tulis oleh John W. Wormald dari `Mutual Fire Insurance Corporation’, dimana ianya diterbitkan di London oleh `Fire Offices Committee’ dan diterbitkan semula pada tahun 1969. Tanggungjawab ini telah di berikan kepada `Loss Prevention Counsil’ pada formasinya dalam tahun 1985. Sudah lebih daripada 100 tahun semenjak ianya mula diperkenalkan peraturan pemasangan sistem springkler telah dapat mengurangkan kerugian hartabenda dan kehilangan nyawa akibat kebakaran.
Di Malaysia pengenalan pemakaian peraturan pemasangan sistem springkler telah di mulakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada tahun 1977. Pada permulaanya ianya dilaksanakan untuk projek-projek bangunan di kawasan lembah Klang.
Sistem springkler mengandungi bekalan air dan satu atau lebih instalasi springkler. Setiap pemasangannya mempunyai injap kawalan utama (main control valves) dan pemasangan paip yang di adakan kepala-kepala springkler(springkler heads). Kepala-kepala springkler ditempatkan di lokasi-lokasi yang ditetapkan mengikut rekaan pada bumbung atau siling dan lain-lain lokasi seperti di dalam oven, corong, rak jika difikirkan perlu. Elemen utama dalam pemasangannya adalah seperti gambarajah berikut;( Rajah )
Springkler akan beroperasi pada suhu yang telah ditetapkan untuk memberi semburan air pada kawasan yang terlibat dengan kebakaran di bawahnya. Suhu operasi biasanya dipilih mengikut kesesuaian suhu persekitaran kawasan yang dilindungi. Hanya springkler di kawasan terlibat dengan kebakaran, iaitu apabila suhu kepanasan yang cukup akan bertindak(untuk sistem basah).

Sistem basah, hanya kawasan terbakar

Sistem kering, tindakan semburan springkler keseluruhan kawasan di lindungi
Sistem springkler boleh dipasangkan untuk kesemua jenis kegunaan tempat kecuali kawasan-kawasan atau tempat seperti berikut;
Di negara ini, Malaysia, penentuan keperluan untuk mengadakan sistem springkler, dari undang-undang, ditetapkan oleh Undang-Undang Malaysia, Akta 133, Undang-Undang Bangunan Seragam 1984. Penjelasan terperinci adalah seperti di dalam Jadual Kesepuluh Undang-Undang tersebut.
A. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG.
SISTEM PANCUR KERING MENGIKUT UNIFORM BULIDING BY-LAW (UBBL) 1984 PARA 133.
i. Jockey pump
ii. Duty pump
iii. Standby pump
i. Hendaklah diadakan di bilik pump
ii. Bekalan tenaga hendaklah dari elekterik dan back up dari kekal bateri atau lead asid
iii. Pump level hendaklah di adakan di panel
iv. Panel hendaklah di pastikan manual dan automatic
i. Label cut in pressure dan cut off pressure
ii. Eccentric Reducer
iii. Expansion Joint Y-Strainer
iv. Gate Valve
v. Concentric Reducer
vi. Check Valve
i. Diuji daripada pump starter panel
ii. Selector suis arahkan ke manual
iii. Tekan starter button satu persatu mengikut jenis pump
i. Selector suis pada kedudukan automatic
ii. Buka test valve perlahan
– lahan sehingga jockey pump berfungsi, perhati dan catatkan pressure
iii. Tutup semula test valve dan pastikan tekanan berada kedudukan yang asal
i. Tukar selector suis duty pump pada kedudukan automatic dan jockey pump pada kedudukan manual
ii. Buka test valve perlahan-lahan, perhatikan kejatuhan pressure, catatkan pressure ketika duty pump berfungsi
iii. Tutup test valve
iv. Tekan butang stop di panel pump untuk memberhentikan duty pump.
v. Pastikan bacaan pressure pada kedudukan asal
i. Ubah selector suis jockey pump dan duty pump pada kedudukan manual
ii. standby pump pada kedudukan automatic
iii. Buka test valve perlahan-lahan, perhatikan kejatuhan pressure, catatkan pressure ketika Standby pump berfungsi
iv. Tutup test valve
v. Tekan butang stop di panel pump untuk memberhentikan Standby pump .
vi. Pastikan bacaan pressure pada kedudukan asal
i. Pastikan selector suis untuk jockey pump dan standby pump pada kedudukan automatic
ii. Buka test valve perlahan-lahan sehingga jockey pump berfungsi
iii. Teruskan membuka test valve sehingga duty pump catatkan bacaan pressure.
iv. Tutup test valve perlahan – lahan dan perhatikan dan catatkan tekanan duty pump mula berhenti
i. Selector suis jokey dan stanby pump pada automatic
ii. Selector suis duty off
iii. Ikut seperti diatas
i. Ujian di jalankan sebanyak 6 kali
ii. 15 saat untuk cranking
iii. 10 saat untuk rehat.