blue
blue
blue
 

Soalan Lazim


BAHAGIAN OPERASI NEGERI (8)
1 Apakah khidmat yang diberikan oleh Jabatan Bomba selain daripada hadir untuk memadan api bagi melawan kebakaran ?
Jabatan ini akan hadir bagi semua insiden yang boleh mengancam nyawa dan harta benda....

2 Boleh berikan contoh insiden yang boleh mengancam nyawa ?
Contoh seperti :
• Bencana alam, tanah runtuh, banjir dan sebagainya.
• Kemalangan jalanraya.
• Ancaman dari haiwan liar.

3 Apakah Knidmat-khidmat lain yang disediakan oleh jabatan ini ?
Khidmat khas berbayar iaitu khidmat yang dikategorikan bukan kecemasan di mana khidmat yang diberikan akan melibatkan penggunaan anggota dan peralatan

4 Bagaimana saya boleh menjaga pili bomba yang berada berdekatan rumah saya ?
Skim Teman Pili Bomba

5 Saya memerlukan khidmat bagi menggunakan pili bomba, apakah yang harus saya lakukan ?
Perlu mendapatkan kebenaran :}
1. Dari jabatan bekalan air bagi penggunaan air
2. Dari jabatan Bomba melalui khidmat khas berbayar.

6 Lain-lain perkhidmatan yang diberikan selain daripada Bahagian Operasi ?
Lain - lain perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia adalah :
1. Menghapuskan bahaya kebakaran.
2. Siasatan kebakaran.
3. Permohonan Perakuan Bomba.
4. Mengkompaun kesalahan berkaitan Akta Bomba.
5. Membantu PBT bagi permohonan CF dan perlesenan.
6. Memproses plan-plan bangunan.
7. Khidmat Nasihat berkaitan keselamatan kebakaran.
8. Ceramah dan Latihan untuk orang - orang awam.

7 Bagaimanakah cara untuk mendapat laporan kebakaran ?
Boleh dibeli dengan harga RM 100 di Bahagian Operasi, JBPM Negeri Perak selepas 14 hari daripada tarikh kejadian.

8 Apakah perkhidmatan lain selain memadam kebakaran ?
Khidmat khas seperti menangkap ular, kemalangan jalanraya, lemas di air, tanah/rumah runtuh, tumpahan petroleum, terperangkap dalam lif, banjir, gotong-royong, membantu menangkap orang gila, dan sebagainya.
   
BAHAGIAN PENCEGAHAN KEBAKARAN (7)
1 Apakah fungsi bahagian Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran ?
Menentukan dasar keselamatan kebakaran di premis dipatuhi oleh tuan punya/penghuni premis.

2 Apakah syarat-syarat untuk mengemukakan pelan?
• Pengiraan beban pendudukan/lebar muatan keluar/pemasangan tetap.
• 4 set (akitektural), 3 set (M&E) pelan bangunan lengkap.
• Tandatangan dan cop kelayakan.
• Senarai kehendak-kehendak kelengkapan menentang kebakaran.
• Warna pada tanda pepasangan.
• Skala mengikut yang telah ditetapkan.

3 Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan CF?
Apabila keseluruhan projek tersebut telah mematuhi segala syarat-syarat Jabatan ini.

4 Kenapakah pelan-pelan yang dikemukan perlu mendapatkan sokongan CF?
Memastikan bangunan yang diduduki selamat dari aspek keselamatan kebakaran

5 Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk mendapatkan kelulusan pelan?
30 hari bekerja dari tarikh penerimaan pelan.

6 Apakah kehendak-kehendak kebombaan yang perlu ada dalam sesuatu projek?
Berdasarkan kepada Akta 341, UBBL dan Perintah Tetap Jabatan serta NFPA.

7 Apakah fungsi Utama Bahagian Pencegahan Dan Keselamatan Kebakaran?
Fungsi utama bahagian Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran:-

• Menyediakan tatacara dan penyemakan pelan-pelan bangunan, premis
   kediaman bagi tujuan mencegah kebakaran dan keselamatan nyawa.

• Menyediakan tatacara pengeluaran sijil keselamatan kebakaran premis kediaman,
   pusat perniagaan dan sebagainya.

• Menyediakan tatacara dan peraturan untuk pemeriksaaan keselamatan bangunan.

• Menyediakan tatacara dan peraturan urusan perlesenan perniagaan bahan
   berbahaya.

   
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN (7)
1 Apakah fungsi bahagian ini di dalam Jabatan Bomba ?
Menghapuskan Bahaya Kebakaran.

2 Apa yang dimaksudkan dengan Bahaya Kebakaran ?
Bahaya kebakaran adalah sesuatu perkara atau tindakan yang boleh menyebabkan bahaya atau ancaman kepada nyawa dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan ( sila rujuk tafsiran sek 2, Akta 341 ).
3 Apakah kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun ?
Sek. 23(4) Akta 341 - kerja-kerja yang menjejaskan Pili Bomba.

4 Bangunan yang bagaimana, memerlukan Perakuan Bomba (Fire certificate) ?
Premis Ditetapkan :
1. Perpustakaan.
2. Hospital.
3. Hotel.
4. Asrama.
5. Pejabat.
6. Kedai.
7. Kilang.
8. Tempat berhimpun.
9. Storan.
( mengikut keluasan tertentu )

5 Apakah Unit-Unit yang terdapat di bahagian Penguatkuasaan?
Bahagian Penguatkuasa terdiri dari beberapa unit:-
1. Unit Penghapusan Kebakaran
2. Unit Perakuan
3. Unit Siasatan Kebakaran
4. Unit Pendakwaan

6 Lain-lain perkhidmatan yang diberikan selain daripada Bahagian Operasi ?
• Mengenal pasti tempat berlakunya punca dan sebabkebakaran.
• Mengemukakan bahan bukti yang sebenar
• Mengadakan soalsiasat saksi
• Menyediakan buku laporan selapas kebakaran

7 Berapa jenis borang soalsiasat saksi?
• Borang FIR-2 iaitu borang keterangan premis
• Borang FIR-3 iaitu borang mengenai pegawai perakam dan saksi mangsa serta
   orang awam.
• Borang FIR 3A- Pegawai operasi
• Borang FIR 3B - soalan yang berkaitan siasatan
• Borang FIR 3C- maklumat peribadi mangsa

   
FAKTA-FAKTA UMUM (4)
1 Apakah nombor talian kecemasan Jabatan Bomba ?
Sebarang panggilan kecemasan Jabatan Bomba boleh dibuat di nombor talian 999

2 Apakah statistik bilangan kenderaan bomba di Negeri Perak ?
Di Jabatan Bomba & Penyelamat Perak terdapat sejumlah 200 buah kenderaan termasuk:

• FRT Scania - 11 buah
• RFRT GMC - 2 buah
• FRT Nissan CPB 14 - 13 buah
• Water Tender - 18 buah

3 Apakah punca-punca kebakaran yang sering berlaku ?
Litar pintas, puntung rokok, dapur gas/minyak, sengaja dibakar dan sebagainya.

4 Apakah yang menyebabkan kematian orang awam dalam sesuatu kebakaran ?
Terperangkap, tersedut asap berlebihan, panik dan tidak dapat menyelamatkan diri ke tempat selamat dan sebagainya.