blue
blue
blue
 

PERKARA-PERKARA DAN CHECKLIST YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM ANDA MENINGGALKAN RUMAH ANDA SEMASA PERCUTIAN / PERAYAAN / BALIK KAMPUNG

PERKARA

TINDAKAN YANG PERLU

LANGKAH KESELAMATAN

SENARAI SEMAK

TV dan perkakasan lain

Tutup-OFF-Tanggalkan semua plug dari soket

Jangan ditutup dengan menggunakan remote control

 

Aerial TV

Cabut dari soket TV

Jika perlu pasangkan perangkap petir

 

Gas Memasak LPG

Tanggal kepala gas dari silinder

Asingkan kepala gas dari silinder

 

Peti Ais

Tutup-OFF-Tanggalkan plug dari soket.  Kosongkan dan bersihkan.

Jika perlu dipasang sepanjang tempoh percutian,  adakan pemutus bekalan berasingan (Separate Circuit Breaker)

 

Suis Utama

Tutup-OFF

Jika perlu pastikan pemutus litar berfungsi dengan baik

 

Lampu

Tutup-OFF

Jika perlu gunakan pemutus litar berfungsi dengan baik

 

Kereta

Tanggalkan kepala bateri

Jauhkan bahan mudah terbakar dari tempat letak kereta

 

Akuarium

Letakkan pam di atas penutup akuarium : jika terbakar pam akan jatuh ke dalam akuarium yang dipenuhi air

 

Jauhkan dari dinding, langsir dan bahan mudah terbakar : adakan pemutus litar berasingan

 

Jiran

Maklumkan kepada jiran

Tinggalkan satu kunci pintu masuk utama : berikan nombor telefon anda

 

Kipas (siling/dinding berdiri)

Tutup-OFF-Tanggalkan plug dari soket

Pastikan tidak berfungsi sebelum keluar

 

Penghawa dingin

Tutup-OFF-Tanggalkan plug dari soket

Jika perlu,  adakan auto timer

 

Peralatan colok

Puntung rokok

Ubat nyamuk

Lilin

Pastikan semua bentuk punca api telah dipadamkan sepenuhnya sebelum meninggalkan rumah termasuk colok, lampu dan sebagainya.

Pastikan semua bentuk punca api telah dipadamkan sepenuhnya sebelum meninggalkan rumah.

 

 

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA,  NEGERI PERAK MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI SEMOGA TIPS MENCEGAH KEBAKARAN YANG TELAH ANDA TUNAIKAN MENJAMINKAN KESEJAHTERAAN KESELAMATAN KEBAKARAN KELUARGA ANDA SEMASA PERCUTIAN.