PERAK INTAI JUARA KESELURUHAN DI KEDAH
MISI bermula : Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan 2009
IPOH : Kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak sedang melaksanakan MISI untuk mencapai kejuaraan cemerlang dalam semua acara Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan 2009 yang akan diadakan pada awal bulan Mei 2009.
Negeri Perak telah membariskan 41 orang peserta yang kini sedang giat menjalani latihan pusat mengikut acara. Jadual yang mantap telah diaturkan oleh Bahagian Latihan untuk menyakinkan pihak pengurusan tertinggi mencapai kemenangan cemerlang.
Latihan-latihan dijalankan disekitar bandaraya Ipoh dan beberapa destinasi tertentu yang melibatkan semua acara. Pemantauan harian latihan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Latihan Ibu Pejabat Negeri.
YS Pengarah mengharapkan supaya latihan ini jangan akan disia-siakan, kerana ianya perlu dilaksanakan dengan tekun serta berdislin sebagai bekalan diwaktu pertandingan nanti.
Galeri Gambar
| |
|
|


