Aktiviti Bomba

PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN JBPM, PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2009


12hb MAC 2009. Program Pertandingan Kawad Kecekapan Bomba dan Penyelamat telah berjaya dilaksanakan dengan lancarnya. Aktiviti ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 5hb, 11hb dan berakhir pada 12hb 2009. Persekitaran Bandar Seri Iskandar telah dipilih sebagai lokasi untuk semua acara yang dipertandingkan.

    Objektif program ini dijalankan adalah untuk menambahkan lagi kualiti kemahiran dan tahap kecekapan pegawai-pegawai serta anggota-anggota dalam melaksanakan tugas kebombaan dan penyelamatan. Disamping itu juga pihak jabatan memilih pasukan yang terbaik dari segi catatan masa untuk mewakili Negeri Perak ke Pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.

    Acara kemuncak dalam program ini ialah majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang-pemenang bagi semua acara yang telah dipertandingkan. Penyampaian ini telah dibuat semasa Majlis Perasmian Penutupan yang telah disempurnakan oleh YS Timbalan Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Perak bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar tepat jam 3.15 petang.

    Dengan kehadiran lebih kurang 300 orang yang terdiri daripada kakitangan bomba dan tetamu jemputan, majlis dihiburkan lagi dengan persembahan dari KOMBO JBPM, Negeri Perak semasa jamuan makan dihidangkan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Zon Manjung kerana telah memenangi piala pusingan YS Pengarah sebagai johan keseluruhan pertandingan kawad kecekapan tahun 2009.

Keputusan Pertandingan PKK 2009

Plant 1 Thumb2 Thumb1
     
Th4 Th5 Th6
     
Th7 TH8 TH9
     
Th7 Th7  
Info Semasa
Galeri Media
Video Jabatan Bomba dan Penyelamat
Video Rasmi Jabatan Bomba Malaysia
Login Keahlian
Nama
Kata Laluan
 
  Terlupa Nama/ Kata Laluan?
Register

Ibu Pejabat Bomba Negeri Perak

Jalan Kompleks Sukan, 31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Tel: 05-5474444
Fax: 05-5496909 / 05-5460521
 
Hubungi Kami
KETUA UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PPgB Azrul Khairi bin Abu Bakar
Tel : 05-547 4444 * 121
HP : 012-2668594
Fax : 05-548 8613
pro@bombaperak.gov.my