Sejarah
Sejarah peraturan pemasangan sistem springkler otomatik telah bermula pada tahun 1885 yang di tulis oleh John W. Wormald dari `Mutual Fire Insurance Corporation’, dimana ianya diterbitkan di London oleh `Fire Offices Committee’ dan diterbitkan semula pada tahun 1969. Tanggungjawab ini telah di berikan kepada `Loss Prevention Counsil’ pada formasinya dalam tahun 1985. Sudah lebih daripada 100 tahun semenjak ianya mula diperkenalkan peraturan pemasangan sistem springkler telah dapat mengurangkan kerugian hartabenda dan kehilangan nyawa akibat kebakaran.
Di Malaysia pengenalan pemakaian peraturan pemasangan sistem springkler telah di mulakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada tahun 1977. Pada permulaanya ianya dilaksanakan untuk projek-projek bangunan di kawasan lembah Klang.
Sistem
Sistem springkler mengandungi bekalan air dan satu atau lebih instalasi springkler. Setiap pemasangannya mempunyai injap kawalan utama (main control valves) dan pemasangan paip yang di adakan kepala-kepala springkler(springkler heads). Kepala-kepala springkler ditempatkan di lokasi-lokasi yang ditetapkan mengikut rekaan pada bumbung atau siling dan lain-lain lokasi seperti di dalam oven, corong, rak jika difikirkan perlu. Elemen utama dalam pemasangannya adalah seperti gambarajah berikut;( Rajah )
Springkler akan beroperasi pada suhu yang telah ditetapkan untuk memberi semburan air pada kawasan yang terlibat dengan kebakaran di bawahnya. Suhu operasi biasanya dipilih mengikut kesesuaian suhu persekitaran kawasan yang dilindungi. Hanya springkler di kawasan terlibat dengan kebakaran, iaitu apabila suhu kepanasan yang cukup akan bertindak(untuk sistem basah).

Sistem basah, hanya kawasan terbakar

Sistem kering, tindakan semburan springkler keseluruhan kawasan di lindungi
Keperluan Pemasangan Sistem Springkler
Sistem springkler boleh dipasangkan untuk kesemua jenis kegunaan tempat kecuali kawasan-kawasan atau tempat seperti berikut;
- Silo atau tempat simpanan bijirin dalam bangunan yang menjadi sebahagian kilang jagung(corn mill), kilang arak (distillery) atau kilang minyak (oil mill).
- Oven, kilns di kilang tembikar, batu-bata, tile dan kaca.
- Kawasan atau bilik dimana semburan air springkler boleh mengujudkan bahaya.
- Tempat atau bilik yang basah seperti tandas.
Di negara ini, Malaysia, penentuan keperluan untuk mengadakan sistem springkler, dari undang-undang, ditetapkan oleh Undang-Undang Malaysia, Akta 133, Undang-Undang Bangunan Seragam 1984. Penjelasan terperinci adalah seperti di dalam Jadual Kesepuluh Undang-Undang tersebut.
TATACARA PEMERIKSAAN BAGI SISTEM AKTIF (DRY & WET RISER)
TATACARA PEMERIKSAAN SISTEM PANCUR KERING
(DRY RISER SYSTEM)
A. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG.
SISTEM PANCUR KERING MENGIKUT UNIFORM BULIDING BY-LAW (UBBL) 1984 PARA 133.
- “Sistem Pancur Kering” adalah satu paip menegak yang sentiasa berkeadaan kering (tanpa air di dalamnya) yang di pasangkan pada bangunan untuk tujuan menentang kebakaran, Ia nya di lengkapkan dengan injap pelantar (Landing Valve) dan juga Alir Masuk (Breeching Inlet) bagi membolehkan jentera Bomba membekalkan air ke dalam sesalur paip sistem ini.
- “Sistem Pancur Kering” hendaklah disediakan dalam tiap tiap bangunan yang mana tingkat tertinggi nya melebihi 18.3 meter tetapi kurang daripada 30.5 meter dari paras ekses perkakas bomba.
- Bagi alir keluar tertinggi (highest outlet) yang ketingginya 22.875 meter ukuran garispusat paip yang digunakan hendaklah tidak kurang dari 102 mm. Manakala bagi ketinggian yang melebehi 22.875 meter garispusat paip yang di gunakan adalah 152.4 mm.
- Alir masuk pam jenis 2 hala untuk sesalur paip yang bergarispusat 102 mm danjenis 4 hala untuk sesalur paip yang bergarispusat 152.4 mm.
- Jenis paip yang di gunakan untuk sistem ini hendaklah sekurang-kurangnya dari jenis Galvanised Iron (GI) Kelas “C” dengan pemasangan dan penyambungannya mampu menahan tekanan sehingga 21 bar.
- Semua paip larian melintang (Horizontal Run) sistem ini hendaklah dicuramkan pada kadar 6.35mm : 3.05 meter.
- Semua paip sistem ini hendaklah di catkan dengan warna merah dan mudah di lihat.
- Injap pelantar (landing valve) hendaklah di sediakan di setiap tingkat. Kedudukannya samada pada ruang aksas menentang kebakaran atau lift lobby terlindung.
TATACARA PEMERIKSAAN SISTEM PANCUR KERING
SISTEM PANCUR BASAH
- Pengenalan
“Sistem pancur basah” adalah sesalur air tegak yang sentiasa dipenuhi dengan air dalam keadaan bertekanan dan dipasang bagi maksud-maksud menentang kebakaran, daripada saiz yang berpatutan dan dipasang dengan sambungan-sambungan yang sesuai untuk kegunaan Jabatan Bomba Dan Penyelamat dan hendaklah mematuhi kehendak-kehendak BS 5306:Part 1. - Senarai Komponen
- Water Tank(Tangki Air)
- 4 Way Breeching Inlet
- Vent Pipe C/W Mosquito Net
- Access Opening
- Level Indicator
- External Cat Ladder
- Overflow Pipe
- Warning Pipe
- Standby Pump
- Eccentric Reducer
- Expansion Joint
- Y-Strainer
- Gate Valve
- Duty Pump
- Concentric Reduce
- Check Valve
- Jockey Pump
- Pump Start Test Pipe
- Pump Starter Panel
- Landing Valve
- Hose Cradle
- Air Release Valve c/w Ball Valve
- Water Tank (Tangki Air)
- Tatacara pemeriksaan pemerhatian (visual)
- Jenis Bahan Tangki – Press Stell atau Reinforment concreate
- Saiz tangki dan kandungan air berdasarkan UBBL 1994 (muatan storan air)
- Paras air dan water level indicator
- Warna merah & signage tangki
- Saiz paip ke tangki
- Kaedah Aliran air adalah secara automatik
- External cat ladder
- Access Opening
- Vent Pipe C/W Mosquito Net
- Overflow Pipe
- Warning Pipe
- Punca Air dari Pihak Berkuasa Air
- Tatacara pemeriksaan pemerhatian (visual)
- 4 Way Breeching Inlet
- Tatacara pemeriksaan pemerhatian (visual)
- Jenis Breeching
- Adalah jenis 4 way breaching inlet - Penyambungan
- Hendaklah terus ke sistem atau tangki - Kedudukan
- Jarak tidak lebih dari 18 meter daripada Pili bomba
- Mudah untuk kerja-kerja operasi - Signage diadakan pada setiap komponen
- Jenis Breeching
- Tatacara pemeriksaan pemerhatian (visual)
- Komponen Pam
- Tatacara pemeriksaan pemerhatian(Visual)
- Jenis pam - terdapat 3 jenis pam
i. Jockey pump
ii. Duty pump
iii. Standby pump - Kapasiti pam
Berdasarkan pada rekabentuk sistem seperti mana yang di luluskan. - Pam hendaklah di letakkan di atas plinth tidak lebih daripada 6 inci dan di lengkapkan dengan pump mounting untuk menyerap gegaran dan bunyi dari pam.
- Punca bekalan tenaga untuk menghidupkan pam boleh terdiri elektrik(duty pump and jockey) diesel atau generator (stanby pump)
- Bilik pam hendaklah berada di tingkat bawah atau di tingkat bawah basement sekiaranya ia mempunyai dua atau lebih basement.
- Bagi bilik pam stage kedua ianya hendaklah di tempatkan di tingkat di mana sistem bagi stage kedua bermula
- Pump label hendaklah di adakan di panel
- Pump starter panel:
i. Hendaklah diadakan di bilik pump
ii. Bekalan tenaga hendaklah dari elekterik dan back up dari kekal bateri atau lead asid
iii. Pump level hendaklah di adakan di panel
iv. Panel hendaklah di pastikan manual dan automatic - Memastikan perkara-perkara berikut diadakan;
i. Label cut in pressure dan cut off pressure
ii. Eccentric Reducer
iii. Expansion Joint Y-Strainer
iv. Gate Valve
v. Concentric Reducer
vi. Check Valve - Pump Starter
- Jenis pam - terdapat 3 jenis pam
- Tatacara Pengujian pam
- Setiap pump hendaklah di buat ujian secara manual dan automatic
- Cara Ujian Manual
i. Diuji daripada pump starter panel
ii. Selector suis arahkan ke manual
iii. Tekan starter button satu persatu mengikut jenis pump - Cara Ujian Automatic Berasingan
a) Jockey Pumpi. Selector suis pada kedudukan automatic
b) Duty Pump
ii. Buka test valve perlahan
– lahan sehingga jockey pump berfungsi, perhati dan catatkan pressure
iii. Tutup semula test valve dan pastikan tekanan berada kedudukan yang asal
i. Tukar selector suis duty pump pada kedudukan automatic dan jockey pump pada kedudukan manual
ii. Buka test valve perlahan-lahan, perhatikan kejatuhan pressure, catatkan pressure ketika duty pump berfungsi
iii. Tutup test valve
iv. Tekan butang stop di panel pump untuk memberhentikan duty pump.
v. Pastikan bacaan pressure pada kedudukan asal
c) Standby pump
i. Ubah selector suis jockey pump dan duty pump pada kedudukan manual
ii. standby pump pada kedudukan automatic
iii. Buka test valve perlahan-lahan, perhatikan kejatuhan pressure, catatkan pressure ketika Standby pump berfungsi
iv. Tutup test valve
v. Tekan butang stop di panel pump untuk memberhentikan Standby pump .
vi. Pastikan bacaan pressure pada kedudukan asal - Cara Ujian automatic bagi pump jockey dan pump duty
i. Pastikan selector suis untuk jockey pump dan standby pump pada kedudukan automatic
ii. Buka test valve perlahan-lahan sehingga jockey pump berfungsi
iii. Teruskan membuka test valve sehingga duty pump catatkan bacaan pressure.
iv. Tutup test valve perlahan – lahan dan perhatikan dan catatkan tekanan duty pump mula berhenti - Cara Ujian automatic bagi pump jockey dan pump stanby
i. Selector suis jokey dan stanby pump pada automatic
ii. Selector suis duty off
iii. Ikut seperti diatas - Ujian cranking bagi diesel pump
i. Ujian di jalankan sebanyak 6 kali
ii. 15 saat untuk cranking
iii. 10 saat untuk rehat.
- Tatacara pemeriksaan pemerhatian(Visual)
- Komponen paip dan fitting visual inspection
- Pipe Utama
- Drain pipe
- Landing valve
- Hose ( 2 Nos)
- Nozzle
- Pastikan jenis paip hendaklah daripada G.I class C
- Di warna dengan warna merah.
- Saiz paip utama tidak kurang 150mm dan drain pipe tidak kurang 100mm.
- Labeling hendaklah dibuat pada bahagian luar tempat penempatan landing valve.
- Tatacara Pengujian Komponen Pipe and Fitting
- Pengujian tekanan
- Dibuat dengan membuka 3 nos landing valve paling teratas.
- Lihat jarak pancutan
- Check pressure di landing valve pada kadar tekanan tidak kurang 4 hingga 7 bar.
- Pengujian tekanan


