Operasi Kebombaan dan Penyelamat

Objektif

Untuk memastikan perkhidmatan operasi kebombaan yang cekap, berkesan dan bersistematik berdasarkan peruntukan undang-undang bagi melindungi nyawa dan harta benda dari kemusnahan kebakaran.

Penerangan Aktiviti

Aktiviti ini terbahagi kepada beberapa unit utama iaitu Unit Pemadaman Kebakaran, Penyelamat, Perkhidmatan Khas, Rancangan Pra-Kebakaran, Unit Pili Bomba, Unit Komunikasi, Unit Bekalan dan Logistik, Unit siasatan Kebakaran dan Analisa Arson, Unit Piawaian dan Kawalan Keberkesanan Operasi, Unit Alat Pemadam Api dan Unit Pengurusan Daerah.
Fungsi Bahagian

Cawangan Pusat Gerakan Operasi

1. Menerima kejadian kebakaran dan penyelamatan daripada bilik kawalan.

2. Membuat Kawalselia operasi.

3. Menyediakan maklumat dan khidmat kepakaran kepada Komandan Operasi.

4. Menyediakan Rekod dan maklumat mengenai kejadian.

5. Pemantauan operasi.

6. Mengadakan Arahan Dan Kawalan (Command & Control) sesuai berkaitan operasi sesuatu kejadian.

7. Menentukan dan memaklumkan moncut merah dalam semua kejadian.

8. Memaklumkan moncut merah kepada pegawai terkanan/Pengarah.


Cawangan Pengurusan Operasi Dan Balai

1. Menyemak setiap Risk Assessment seperti Kajian Kawasan dan Analisa Strategi, Rancangan Pra-Kebakaran dan penyelamatan, Piawaian dan Kawalan Keberkesanan Operasi dan Fire Drill.

2. Mengurus dan melaksanakan pasukan khas.

3. Kajian keberkesanan Risk Assessment operasi serta membuat Memantau.

4. Menjalankan operasi pemadamanan kebakaran dan penyelamatan.

5. Merancang pemasangan baru mengikut keperluan, pemerikasaan dan pengujian, penyelenggaraan Pili Bomba.

6. Mengkaji dan membuat pemantauan keberkesanan balai memberi perkhidmatan kebombaan.

7. Pengurusan Kerja Harian, program Latihan kecekapan operasi dibalai dan Kawad Kemahiran.

8. Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Kenderaan dan Peralatan.

9. Kebersihan dan keselesaan balai. Menguruskan pelaksanaan tugas.

10. Membuat pemantauan pelaksanaan tugas khas.


Cawangan Pengurusan Bomba Sukarela/Bantuan

1. Menguruskan permohonan pegawai bomba sukarela dan bomba bantuan.

2. Permohonan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela, Pasukan Bomba Bantuan dan Pasukan Bomba Persendirian.

3. Menguruskan keperluan peralatan kelengakapan pasukan.

4. Membuat pemantauan dan lawatan ke pasukan tersebut.

5. Merancang program mengalakan penyertaan orang awam.

6. Membuat penilaian kecekapan pegawai dan anggota pasukan.


Cawangan Pengurusan Logistik

Pengurusan Logistik

1. Memantau penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan aset alih.

2. Mengurus penyelenggaraan dan pelupusan aset alih.

3. Mengurus kehilangan dan hapus kira aset.

4. Urusetia J/K Pengurusan Aset JBPM.

5. Menyediakan laporan tahunan aset alih.

6. Melaksanakan penjagaan dan penyelenggaraan balai-balai serta kuanters, pejabat dan lain-lain bangunan jabatan.

Komunikasi

1. Menyelaras semua aspek sistem komunikasi da elektronik operasi.

2. Menentukan penyeragaman semua aspek elekronik dan teknologi alat-alat komunikasi dan elektronik termasuk alat-alat radir dan pengesan menerusi piawaian untuk mewujudkan iterperability.

3. Mengurus semua sistem komunikasi strategik dan perhubungan trunk, termasuk sistem ICT, CMS dan telepon;

4. Membuat pemantauan pelaksanaan komunikasi.

Bangunan/Tanah

1. Mengenalpasti keperluan pembinaan Balai dan Kuarter Bomba sesuai dengan NORM.

Info Semasa
Galeri Media
Video Jabatan Bomba dan Penyelamat
Video Rasmi Jabatan Bomba Malaysia
Login Keahlian
Nama
Kata Laluan
 
  Terlupa Nama/ Kata Laluan?
Register

Ibu Pejabat Bomba Negeri Perak

Jalan Kompleks Sukan, 31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Tel: 05-5474444
Fax: 05-5496909 / 05-5460521
 
Hubungi Kami
KETUA UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PPgB Azrul Khairi bin Abu Bakar
Tel : 05-547 4444 * 121
HP : 012-2668594
Fax : 05-548 8613
pro@bombaperak.gov.my