Unit Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan
Piagam Pelanggan
Komitmen kami adalah untuk memastikan pengurusan perancangan pembangunan, perolehan dan pembayaran dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.
Dengan itu kami berjanji akan :
- Melaksanakan pembangunan fizikal kebombaan yang menepati keperluan teknikal, norma piawai, kualiti dan sumber kewangan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
- Membuat proses perolehan peralatan dan kelengkapan mengikut dasar perancangan Jabatan, menepati prosedur piawai dan keperluan operasi, dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Merancang, mengurus dan memantau peruntukan kewangan pembangunan dengan cekap, mengikut peraturan kewangan kerajaan dan menepati jangka masa yang ditetapkan.
- Mengurus dan menyediakan baucer pembayaran tuntutan projek pembangunan dan perolehan jangka masa empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan permohonan lengkap.


