BAHAGIAN KESELAMATAN KEBAKARAN
Penolong Pengarah,
Bahagian Keselamatan Kebakaran,
Ibu Pejabat,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Negeri Perak,
Jalan Kompleks Sukan
31400, Ipoh Perak.
Tel : 05-5474444
Fax : 05-5478967
Email :ppkes@bombaperak.gov.my
:amkes@bombaperak.gov.my
Objektif
Untuk memastikan aspek-aspek pencegahan kebakaran difahami dan dilaksanakan secara sistematik dan berkesan bagi melindungi nya dan harta dari kemusnahan.
Penerangan Aktiviti
Bahagian ini mempunyai tiga sub-aktiviti iaitu Kajian Pelan, Pelesenan dan Kajian Piawaian. Ia bertanggungjawab mengkaji dan member syor-syor kebombaan kepada pelan-pelan bangunan baru yang ada hubungkait dengan pencegahan dan keselamatan kebakaran. Bagi bangunan- bangunan yang dibina mematuhi kehendak dan peraturan yang ditetapkan, satu permeriksaan dan ujian akan dilakukan ke atas kelengkapan dan dipasang ini bertujuan supaya peralatan sistem kebakaran menepati spesifikasi dan berfungsi dengan baik serta memuaskan. ia juga bertanggungjawab dalam urusan pengeluaran surat sokongan dan perlesenan serta menjalankan aktiviti kempen kesedaran mencegah kebakaran.


