Penyiasatan Kebakaran

Fungsi utama

Fungsi utama bahagian penyiasatan adalah menjalankan penyiasatan bagi mengenalpasti sebab, punca nyalaan dan hal keadaan kebakaran. Unit ini terdiri daripada pegawai dan anggota bomba berkelayakan terutamanya yang berlatar belakangkan pendidikan sains, kejuruteraan dan matematik. Pegawai dan anggota bomba ini telah dilatih di dalam dan luar negara untuk menjalankan siasatan kebakaran besar dan kes-kes khas, siasatan oleh unit ini akan dibantu oleh Unit Pengesan.

 

Makmal Penyiasatan Kebakaran

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mempunyai 9 buah makmal seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang,Terengganu, Sabah dan Sarawak. Makmal ini berfungsi bagi menjalankan analisis secara saintifik terhadap bahan bukti hasil siasatan kebakaran. Makmal-makmal tersebut dilengkapi dengan 8 jenis peralatan analisis yang terkini dan dikendalikan oleh 3 orang pegawai yang terdiri daripada pegawai sains dan pegawai bomba.
Fungsi Bahagian

Cawangan Penyiasatan Kebakaran

 1. Menjalankan penyiasatan kebakaran ke atas sesuatu kebakaran.
2. Melaksanakan pengambilmilik premis atau harta benda.
3. Menyediakan laporan siasatan.
4. Menganalisa hasil siasatan kebakaran berkaitan dengan penambahbaik operasi pemadaman dan keselamatan kebakaran.
5. Mencadangkan keberkesanan peralatan PKK dan penambahbaik peralatan elektrik dan elektronik.
6. Memantau pelaksanaan penyiasatan di daerah-daerah.
7. Menjadi saksi pakar di Mahkamah.

Cawangan Pendakwaan Kebombaan

1. Menerima kes/aduan.
2. Manjalankan Penyiasatan dibawah seksyen 38,39,41,42 dan 43 Akta 341.
3. Menyediakan Kertas Siasatan.
4. Mendaftar kes ke Mahkamah.
5. Mebuat Pendakwaan dibawah seksyen 44 Akta 341.
6. Menjalankan Pengkompaunan Kesalahan.

Cawangan Makmal Penyiasatan Kebakaran

1. Menerima sampel untuk dianalisa.
2. Membuat ekperimen ke atas sesuatu sampel.
3. Menganalisa hasil-hasil siasatan.
4. Menyediakan laporan ekperimen.
5. Menjadi saksi pakar di Mahkamah.

Info Semasa
Galeri Media
Video Jabatan Bomba dan Penyelamat
Video Rasmi Jabatan Bomba Malaysia
Login Keahlian
Nama
Kata Laluan
 
  Terlupa Nama/ Kata Laluan?
Register

Ibu Pejabat Bomba Negeri Perak

Jalan Kompleks Sukan, 31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Tel: 05-5474444
Fax: 05-5496909 / 05-5460521
 
Hubungi Kami
KETUA UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PPgB Azrul Khairi bin Abu Bakar
Tel : 05-547 4444 * 121
HP : 012-2668594
Fax : 05-548 8613
pro@bombaperak.gov.my