| BAHAGIAN OPERASI NEGERI (8) |
| 1 |
Apakah khidmat yang diberikan oleh Jabatan Bomba selain daripada hadir untuk memadan api bagi melawan kebakaran ?
Jabatan ini akan hadir bagi semua insiden yang boleh mengancam nyawa dan harta benda....
|
| 2 |
Boleh berikan contoh insiden yang boleh mengancam nyawa ?
Contoh seperti :
• Bencana alam, tanah runtuh, banjir dan sebagainya.
• Kemalangan jalanraya.
• Ancaman dari haiwan liar.
|
| 3 |
Apakah Knidmat-khidmat lain yang disediakan oleh jabatan ini ?
Khidmat khas berbayar iaitu khidmat yang dikategorikan bukan kecemasan di mana khidmat yang diberikan akan melibatkan penggunaan anggota dan peralatan
|
| 4 |
Bagaimana saya boleh menjaga pili bomba yang berada berdekatan rumah saya ? Skim Teman Pili Bomba
|
| 5 |
Saya memerlukan khidmat bagi menggunakan pili bomba, apakah yang harus saya lakukan ?
Perlu mendapatkan kebenaran :}
1. Dari jabatan bekalan air bagi penggunaan air 2. Dari jabatan Bomba melalui khidmat khas berbayar.
|
| 6 |
Lain-lain perkhidmatan yang diberikan selain daripada Bahagian Operasi ?
Lain - lain perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia adalah :
1. Menghapuskan bahaya kebakaran.
2. Siasatan kebakaran.
3. Permohonan Perakuan Bomba.
4. Mengkompaun kesalahan berkaitan Akta Bomba.
5. Membantu PBT bagi permohonan CF dan perlesenan.
6. Memproses plan-plan bangunan.
7. Khidmat Nasihat berkaitan keselamatan kebakaran.
8. Ceramah dan Latihan untuk orang - orang awam.
|
| 7 |
Bagaimanakah cara untuk mendapat laporan kebakaran ?
Boleh dibeli dengan harga RM 100 di Bahagian Operasi, JBPM Negeri Perak selepas 14 hari daripada tarikh kejadian.
|
| 8 |
Apakah perkhidmatan lain selain memadam kebakaran ?
Khidmat khas seperti menangkap ular, kemalangan jalanraya, lemas di air, tanah/rumah runtuh, tumpahan petroleum, terperangkap dalam lif, banjir, gotong-royong, membantu menangkap orang gila, dan sebagainya. |
| |
|
|
| BAHAGIAN PENCEGAHAN KEBAKARAN (7) |
| 1 |
Apakah fungsi bahagian Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran ?
Menentukan dasar keselamatan kebakaran di premis dipatuhi oleh tuan punya/penghuni premis.
|
| 2 |
Apakah syarat-syarat untuk mengemukakan pelan?
• Pengiraan beban pendudukan/lebar muatan keluar/pemasangan tetap.
• 4 set (akitektural), 3 set (M&E) pelan bangunan lengkap.
• Tandatangan dan cop kelayakan.
• Senarai kehendak-kehendak kelengkapan menentang kebakaran.
• Warna pada tanda pepasangan.
• Skala mengikut yang telah ditetapkan.
|
| 3 |
Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan CF?
Apabila keseluruhan projek tersebut telah mematuhi segala syarat-syarat Jabatan ini.
|
| 4 |
Kenapakah pelan-pelan yang dikemukan perlu mendapatkan sokongan CF?
Memastikan bangunan yang diduduki selamat dari aspek keselamatan kebakaran
|
| 5 |
Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk mendapatkan kelulusan pelan?
30 hari bekerja dari tarikh penerimaan pelan.
|
| 6 |
Apakah kehendak-kehendak kebombaan yang perlu ada dalam sesuatu projek?
Berdasarkan kepada Akta 341, UBBL dan Perintah Tetap Jabatan serta NFPA.
|
| 7 |
Apakah fungsi Utama Bahagian Pencegahan Dan Keselamatan Kebakaran?
Fungsi utama bahagian Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran:-
• Menyediakan tatacara dan penyemakan pelan-pelan bangunan, premis
kediaman bagi tujuan mencegah kebakaran dan keselamatan nyawa.
• Menyediakan tatacara pengeluaran sijil keselamatan kebakaran premis kediaman,
pusat perniagaan dan sebagainya.
• Menyediakan tatacara dan peraturan untuk pemeriksaaan keselamatan bangunan.
• Menyediakan tatacara dan peraturan urusan perlesenan perniagaan bahan
berbahaya.
|
| |
|
|
| BAHAGIAN PENGUATKUASAAN (7) |
| 1 |
Apakah fungsi bahagian ini di dalam Jabatan Bomba ?
Menghapuskan Bahaya Kebakaran.
|
| 2 |
Apa yang dimaksudkan dengan Bahaya Kebakaran ?
Bahaya kebakaran adalah sesuatu perkara atau tindakan yang boleh menyebabkan bahaya atau ancaman kepada nyawa dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan ( sila rujuk tafsiran sek 2, Akta 341 ).
|
| 3 |
Apakah kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun ?
Sek. 23(4) Akta 341 - kerja-kerja yang menjejaskan Pili Bomba.
|
| 4 |
Bangunan yang bagaimana, memerlukan Perakuan Bomba (Fire certificate) ?
Premis Ditetapkan :
1. Perpustakaan.
2. Hospital.
3. Hotel.
4. Asrama.
5. Pejabat.
6. Kedai.
7. Kilang.
8. Tempat berhimpun.
9. Storan.
( mengikut keluasan tertentu )
|
| 5 |
Apakah Unit-Unit yang terdapat di bahagian Penguatkuasaan?
Bahagian Penguatkuasa terdiri dari beberapa unit:-
1. Unit Penghapusan Kebakaran
2. Unit Perakuan
3. Unit Siasatan Kebakaran
4. Unit Pendakwaan
|
| 6 |
Lain-lain perkhidmatan yang diberikan selain daripada Bahagian Operasi ?
• Mengenal pasti tempat berlakunya punca dan sebabkebakaran.
• Mengemukakan bahan bukti yang sebenar
• Mengadakan soalsiasat saksi
• Menyediakan buku laporan selapas kebakaran
|
| 7 |
Berapa jenis borang soalsiasat saksi?
• Borang FIR-2 iaitu borang keterangan premis
• Borang FIR-3 iaitu borang mengenai pegawai perakam dan saksi mangsa serta
orang awam.
• Borang FIR 3A- Pegawai operasi
• Borang FIR 3B - soalan yang berkaitan siasatan
• Borang FIR 3C- maklumat peribadi mangsa
|
| |
|
|
| FAKTA-FAKTA UMUM (4) |
| 1 |
Apakah nombor talian kecemasan Jabatan Bomba ?
Sebarang panggilan kecemasan Jabatan Bomba boleh dibuat di nombor talian 999
|
| 2 |
Apakah statistik bilangan kenderaan bomba di Negeri Perak ?
Di Jabatan Bomba & Penyelamat Perak terdapat sejumlah 200 buah kenderaan termasuk:
• FRT Scania - 11 buah
• RFRT GMC - 2 buah
• FRT Nissan CPB 14 - 13 buah
• Water Tender - 18 buah
|
| 3 |
Apakah punca-punca kebakaran yang sering berlaku ?
Litar pintas, puntung rokok, dapur gas/minyak, sengaja dibakar dan sebagainya.
|
| 4 |
Apakah yang menyebabkan kematian orang awam dalam sesuatu kebakaran ?
Terperangkap, tersedut asap berlebihan, panik dan tidak dapat menyelamatkan diri ke tempat selamat dan sebagainya.
|
| |
|
|