Panduan Mengajar
TAHAP SATU
Tahap satu ini adalah ditujukan kepada kanak-kanak pra-sekolah . Selaras dengan itu objektif kelakuan adalah yang paling asas ke arah keselamatan kebakaran bagi diri sendiri iaitu :
1. Jauhi diri dari api dan benda yang panas.
2. BERHENTI , REBAH dan GULING, jika pakaian terbakar.
3. Serahkan mancis dan pemetik api kepada orang dewasa dengan segera.
Berikut adalah sikap, pengetahuan dan tindakan yang perlu di ajar dan digalakkan di Tahap Satu ini.
| SIKAP |
PENGETAHUAN |
TINDAKAN |
| Api ada kesan baik dan buruk; api yang tidak terkawal adalah merbahaya. |
Boleh membezakan antara baik dan buruknya api. |
Berhati-hati kepada api dan benda yang panas. |
| Kanak-kanak boleh melindungi diri dari bahaya kebakaran. |
Mengetahui pakaian yang mereka pakai boleh terbakar. |
Amalkan prosedur BERHENTI, REBAH dan GULING. |
| Bermain dengan api adalah merbahaya. |
Mengetahui mancis dan pemetik api adalah untuk orang dewasa sahaja. |
Serahkan mancis dan pemetik api kepada orang dewasa dengan segera. |
|