Operasi Kebombaan dan Penyelamat
Piagam Pelanggan
Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan kepada semua lapisan masyarakat dengan cekap dan berkesan.Dengan itu kami berjanji akan :
- Mengeluarkan jentera bomba pertama ke tempat kecemasan dalam tempoh 60 saat dari mula loceng dibunyikan.
- Mengeluarkan pancutan pertama dalam masa tiga (3) minit dari masa mula tiba ke tempat kejadian kebakaran.
- Menyiapkan laporan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima semua maklumat dan dokumen yang diperlukan dari pemohon.
- Kami juga berjanji akan sentiasa mempertingkatkan kemampuan agar dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang setiap masa.


