Keselamatan Kebakaran

Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk menentukan setiap cadangan pemajuan sesuatu projek dilengkapi dengan kelengkapan menentang kebakaran dan pepasangan keselamatan kebakaran yang bersesuaian bagi keselamatan nyawa dan harta benda.

Dengan itu kami berjanji akan :
  • Pelan Bangunan untuk kategori ‘tidak bersistem’ akan diberi perakuan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh diterima dengan syarat ia disertakan dengan maklumat dan dokumen yang lengkap.
  • Pelan Bangunan untuk kategori ‘bersistem’ dan pelan mekanikal & elektrikal akan siap dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh diberi perakuan diterima dengan syarat ia disertakan dengan maklumat dan dokumen yang lengkap.
  • Sokongan menduduki bangunan (CFO/CCC) dan sokongan kepada pengeluaran lesen perniagaan akan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pemeriksaan dengan syarat semua pepasangan keselamatan kebakaran telah diadakan dan diuji dalam keadaan baik.
  • Menjalankan pemeriksaan premis selepas temujanji dan mengeluarkan Notis Menghapus Kebakaran dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemeriksaan.
  • Mengeluarkan sijil Perakuan Bomba dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pemeriksaan setelah kehendak kemudahan keselamatan diri,  pencegahan kebakaran dan menentang kebakaran mencukupi.
  • Menjalankan siasatan terhadap sebarang aduan salah laku di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dalam tempoh 24 jam dari masa aduan diterima dan memberi maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari selepas siasatan selesai.
  • Menentukan masyarakat mendapat khidmat nasihat dan maklumat berkaitan dengan perlindungan keselamatan kebakaran dengan betul dan berkesan.
     
Info Semasa
Galeri Media
Video Jabatan Bomba dan Penyelamat
Video Rasmi Jabatan Bomba Malaysia
Login Keahlian
Nama
Kata Laluan
 
  Terlupa Nama/ Kata Laluan?
Register

Ibu Pejabat Bomba Negeri Perak

Jalan Kompleks Sukan, 31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Tel: 05-5474444
Fax: 05-5496909 / 05-5460521
 
Hubungi Kami
KETUA UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PPgB Azrul Khairi bin Abu Bakar
Tel : 05-547 4444 * 121
HP : 012-2668594
Fax : 05-548 8613
pro@bombaperak.gov.my