Definisi Bendera

Logo Baru Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Rekabentuk Bendera

Bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbahagi kepada dua bahagian, tiga segi warna merah dengan logo Jabatan, jalur kuning, dan jalur biru dalam satu tiga segi yang lain-lain.

Warna Merah

Warna merah melambangkan semangat berani yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.

14 Jalur

14 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 14 buah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri-negeri.

Jalur warna Kuning

Jalur warna kuning bermaksud Jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan stake holders ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Jalur Warna Biru

Jalur warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.

Definisi Logo

Logo Baru Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Definasi Logo

  • Bahagian teratas logo jabatan,  terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja jabatan.
  • Topi keledar dan dua kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel jabatan yang memberikan perkhidmatan yang profesional.
  • Tiga butir bunga padi disusun berlapis sembilan dalam dua lingkaran melambangkan sembilan Negeri Beraja,  kuasa jabatan untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (AKta 341) dan juga melambangkan kemakmuran negara.
  • Ikatan tali ‘clove hitch’ melambangkan jabatan menjalankan kerja-kerja penyelamatan.
  • Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi manakala warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti (a golden service) kepada komuniti.
     
Info Semasa
Galeri Media
Video Jabatan Bomba dan Penyelamat
Video Rasmi Jabatan Bomba Malaysia
Login Keahlian
Nama
Kata Laluan
 
  Terlupa Nama/ Kata Laluan?
Register

Ibu Pejabat Bomba Negeri Perak

Jalan Kompleks Sukan, 31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Tel: 05-5474444
Fax: 05-5496909 / 05-5460521
 
Hubungi Kami
KETUA UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PPgB Azrul Khairi bin Abu Bakar
Tel : 05-547 4444 * 121
HP : 012-2668594
Fax : 05-548 8613
pro@bombaperak.gov.my