blue
blue
blue
 
R.E.C.E.O.V.S

Sesungguhnya kita sebagai anggota bomba telah sedia maklum bahawa api kebakaran itu wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa. Oleh kerana itu, ianya mestilah ditagani dengan pelbagai cara dan kaedah tanpa menetapkan satu tatacara yang spesifik untuk menangani sesuatu situasi itu. Semuanya bergantung kepada keadaan dan masa serta tempat insiden itu berlaku. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa prinsipal  yang boleh diambil kira tatkala melawan kerakusan api. Sekiranya di gunakan secara bijak, ianya akan dapat membantu pegawai operasi dalam mrancang pengagihan kerja kepada krewnya serta dapat membantu dalam pra-rancang menangani kebakaran.

 

Prinsip prinsip asas itu adalah R.E.C.E.O.V.S

 

            R         =          Rescue           ( Menyelamat )

            E         =          Exposure        ( Pendedahan )

            C         =          Confine           ( Mengepung )

            E         =          Extinguish       ( Pemadaman )

            O         =          Overhaul         ( Pemeriksaan Semula )

            V         =          Ventilation       ( Pengudaraan )

            S         =          Salvage          ( Penyelamatan harta benda )

 

Rescue ( menyelamat )

Oleh kerana api itu boleh mengwujudkan keadaan atmosfera yang beracun lagi merbahaya kepada kehidupan, oleh itu proses menyelamat  mesti diberi keutamaan. Keadaan-keadaan yang di maksudkan itu adalah seperti :

a)            kepanasan yang melampau.

b)            Asap

c)            Gas-gas

d)            Letupan ( dalam sesetengah kes )


 

Dan diantara soalan – soalan yang perlu di beri perhatian. Dimanakah penyelamatan diperlukan?

 Di mana-mana sahaja,terutama di tempat terdapatnya manusia yang terperangkap dalam atmosfera yang beracun dan berbahaya. Ketika ini kaedah pra-rancang yang telah dibuat akan berguna dan membantu proses penyelamatan. Ianya amat berksn di praktikkan terutamanya:

  • Hospital dan apa-apa tempat pemulihan pesakit.
  • Tempat berhimpunnya orang ramai
  • Hotel dan motel
  • Rumah-rumah apartment
  • Bangunan pejabat
  • Bangunan perindustrian (dimana situasi bahaya dan beracun adalah dijangkakan.

 

Dalam setiap situasi diatas,anggota bomba mestilah menyedaridan menjangkakan apa yang bakal berlaku. Dengan mengetahui keadaan semasa, ianya membolehkanmereka untuk mengagak kemerbahayaan di sebabkan oleh

 

Menyelamat dilokasi kebakaran

Persoalan yang sepatutnya ditimbulkan dalam pemikiran kita pada waktu begini adalah:

  • Berapa ramai penghuni yang ada didalam bangunan pada waktu itu.
  • Adakah keadaan memerlukan mereka untuk dibawa keluar pada masa itu juga
  • Adakah kita mempunyai kelengkapan yang cukup beserta anggota untuk melaksanakan penyelamatan itu.
  • Bolehkah air di gunakan sebagai medium asas pemadaman.
  • Bolehkah pengudaraan dibuat untuk membantu operasi menyelamat.

 

Renungan:

Walaupun pelbagai usaha mesti dibuat untuk menyelamatkan mangsa, adakalanya keadaan api yang terlalu marak dimana operasi penyelamatan akan menjadi mustahil. Dan adakah berbaloi untuk kita mengorbankan anggota kita untuk sesuatu operasi penyelamatan yang berakhir dengan tragedi yang tidak diingini.

 

Exposure (Pendedahan)

Setiap kebakaran yang terjadi akan mengakibatkan masalah pendedahan. Api bergerak dengan cara memberikan haba pada bahan-bahan yang mudah terbakar disekelilingnya,seterusnay mempercepatkan kemerebakan api.

Dengan itu, selepas daripada Rescue, Exposure adalah faktor yang kedua yang terpenting yang mesti diberi perhatian yang sewajarnya. Ini kerana untuk menanagani kemerebakan api adalah dengan cara menghentikan kemerebakan api.

 

Kemerbahayaan pendedahan terhadap api bukan saja wujud di bangunan yang terbakar bahkan juga pada bangunan yang bersebelahan dengannya. Walaubagaimanapun, ianay masih laagi bergantung kepada darjah kepanasan api itu,jumlah haba yang dihasilkan, dinding-dinding pembahagi, arah angin dan halajuaya, ketinggian bangunan yang terdedah dan ruang diantaranaya.

 

Tatkala berhadapan dengan masalah pendedahan, Pegawai Operasi tidak sepatutnya ‘rigid’ untuk satu cara sahaja, ‘bertahan’(defensive). Pada masa ini, taknik menyerang dari dalam (Offensive) yang terancang adalah yang terbaik.

 

Anggota pemadaman dingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil kira faktor-faktor yang boleh mengakibatkan kemerebakan api yang berpunca daripada factor pendedahan atau Exposure. Komander Operasi juga haruslah :

  • Kenalpasti arah yang paling berbahaya oleh sebab kemerebakan api.
  • Kalau ada wayar-wayar elektrik, hubungi TNB dengan kadar yang segera dan tepat pada masanya.
  • Buat “Water Curtain” andainaya perlu untuk mengurangkan kepanasan.

 

 

 

Confinement (Pemerangkapan)

Pemeranagkapan api adalah berkait rapat dengan takat pendedahan tadi. Banyak bangunan yang didirikan membolehkan api dengan mudah menyelinap keluar tanpan dapat di kesan :

  1. Melalui bukaan-bukaan yang tidak terkawal seperti ‘shaft’ pada lif dan tangga
  2. Melalui habuk-habuk yang melekat pada rangka bangunan
  3. Melalui pengaliran arus elektrik pada batang-batang besi
  4. Melalui kebakaran dinding pemisah dan juga pintu-pintu

Sebagaimana yang kita ketahui,api merebak tanpa sempadan kecuali dikepung secara sistemaik dan terancang pada tempat atau lokasinya dan pada kebanyakkan kes bumbung atau syiling akan menerima kesannya dulu. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh memandang ringan akan kemerebakkan api melalui lantai bangunan mahupun melalui saluran alat penghawa dingin, lif ‘shaft’ dan lain-lain. Andainya anda ingat fungsi pintu tertutup sendiri, ianya boleh menjadi peringatan untuk mengepung api.

 

 

Extinguish (Pemadaman)

Pemadaman kebakaran bergantung kepada jenis bahan api yang terlibat. Kalau kita ingat pada rantaian segitiga kebakaran jawapannya akan dapat dikenal pasti. Dalam kebanyakkan kes-kes kebakaran,air adalah satu senjata untuk melawan kebakaran. Air boleh diaplikasikan keada dua cara iaitu :

  1. Heavy stream
  2. Water fog

 

Heavy stream

Dalam keadaan api yang begitu besar serta marak, satu atau lebih semburan jet diperlukan. Ini akan memberikan satu tindakan yang kuat untuk menyerang api terus ke induknya. Andainya serangan yang diberikan hanya menggunakan semburan air yang kecil, ianya cuma akan menukar air tadi menjadi wap-wap air yang boleh jadi tidak memberi apa-apa kesan. Dengan semburan ‘heavy stream’ ianya akan dapat menyejukkan anggota bomba daripada kepanasan melampau dan asap panas.

 

Water fog

Dalam hal yang lain pula, apabila apinya kecil tetapi mengandungi kandungan asap dan haba yang melampau, cara ‘water fog’ dapat memberikan kesan yang baik. Secara serta merta ianya akan dapat menurunkan suhu dan perpecahan asap. Dua sifat-sifat penting ‘water fog’ ialah :

              i.        Pemuliharaan air

             ii.        Berkurangnya kerosakan akibat air

Para anggota bomba mestilah dilatih bukan dengan dua cara penggunaan air saja, bahkan mereka haruslah diajar dengan cara-cara menangani masalah-masalah lain seperti kebakaran yang melibatkan cecair mudah terbkar serta reaksinya dengan kebakaran. Selain itu mereka juga perlu tahu tentang cirri-ciri gas kepelbagaian bahan api yang selalunya terlibat dengan kebakaran kerana dengan persefahaman itu akan memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti pemadaman dan memilih cara yang sesuai untuk menentang kebakaran.

 

 

Overhaul

Overhaul adalah satu kaedah dimana operasi mencari dan memadamkan api-api kecil yang tersembunyi atau tersorok selepas api berjaya dipadamkan. Dengan cara itu lokasi kebakaran bolehlah ditinggalkan dalam keadaan selamat. Beberapa kebaikan overhaul adalah :

 

  1. Membantu mencari api-api yang tersorok
    Operasi overhaul yang lengkap melibatkan satu tatacara yang sistematik dalam pengendalian bahan-bahan, barang-barang serta sampah sarap beserta mencari dan memadamkan ai-api yang tersorok. Walaubagaimanapun overhaul tidak menjamin api tidak akan menyala semula, setidak-tidaknya ia membolehkan para anggota bomba mengenalpasti keadaan dimana nyalaan boleh berlaku semula dan dengan itu langkah-langkah pencegahan boleh diambil.

  2. Bantu mengenalpasti punca
    Operasi overhaul yang teliti dan lengkap selalunya dapat mengenalpasti punca kebakaran. Ini adalah amat penting dalam laporan kebakaran. Dalam sesetengah kes, anggota bomba dapat mengenalpasti tindakan-tindakan khianat (ARSON) dan pihak yang berwajib dapat diberitahu secepat mungkin.

 

Operasi overhaul yang terancang dan sistematik akan dapat meyakinkan yang tuan punya bangunan berkeyakinan bahawa anggota bomba telah melakukan yang terbaik dalam usaha memadamkan kebakaran sehinggakan kepada api yang tersembunyi.Anggota pemadaman haruslah meninggalkan lokasi kebakaran dalam keadaan yang selamat.

 

Ventilation (Pengudaraan) 

            Kaitan pengudaraan dalam melawan kebakaran tidaklah begitu meluas dalam Negara kita. Walaubagaimanapun, ianya mempunyai kesan yang agak menakjubkan dalam membantu pemadaman kebakaran sekiranya kita mengambil tahu bagaimana teknik ini di praktikkan.

            Matlamat atau objektif pasukan bomba adalah menyelamatkan mangsa yang terperangkap dengan menggunakan ejen- ejen pemadaman yang bersesuaian serta mengurangkan kerosakan akibat kepanasan, asap dan air.

            Oleh itu, pengudaraaan adalah ejen pembantu yang bersesuaian dengan objektif-objektif ini.

 

1) Membantu menyelamatkan nyawa.

 

            Pengudaraan yang betul menghalang kewujudan asap dan haba yang lebih teruk. Ianya juga dapat memudahkan laluan keluar mangsa yang terperangkap serta menjadikan keadaan lebih selamat bagi anggota bomba untuk bekerja.

 

2) Mempercepatkan proses pemadaman kebakaran

 

            Dengan bergerak keluarnya asap dan api daripada dalam bangunan, anggota bomba akan dapat mengawal api dan meneruskan tugas-tugas pemadaman.Pengudaraan juga membantu dalam mengenalpasti arah perjalanan kemerebakan api. Oleh itu, langkah-langkah yang betul dapat diambil untuk mengawalnya.

 

3) Mengurangkan peluang pada api untuk ‘mushrooming’

 

            Membuat pengudaraan yang betul pada bangunan yang terbakar boleh mengurangkan kemungkinan haba dan gas-gas api daripada merebak ke bahagian bumbung struktur bangunan itu. Dengan cara ini, api dapat dibendung pada satu titik yang lebih selamat di mana perolakan haba dapat di tahan atau dikepung daripada terus berolak.

 

Situasi – situasi yang memerlukan pengudaraan.

 

  1. api yang membara

 

Apabila api mula membakar , ia akan menggunakan oksigen dengan cepat dan banyak kecuali api ini dapat dikawal dengan baik lalu ianya hanya akan terus membara dan Cuma menghasilkan gas-gas dan asap-asap yang bergabung dengan haba ( api/ kebakaran fasa pertama )

Andainya pengudaraan ini dibuat lebih awal, pada fasa tersebut dan anggota bomba bersiap sedia untuk melakukan pemadaman,api akan dapat dikepung dan dikawal. Walaubagaimanapun, seandainya apai dibiarkan terus membakar, pada tahap fasa 2 dan terus menerus menggunakan oksigen yang ada dalam bilik tersebut,kita akan dapat menjangkakan peningkatan suhu / haba yang sungguh cepat. Maka dengan itu, semua gas-gas mudah terbakar yang terdapat di sebelah atas ( over pressure level) atmosfera bilik itu akan dihangatkan ke suatu suhu nyalaan.Sudahnya proses memasuki bilik ini menjadi sukar kerana ianya telah marak terbakar.

Oleh itu, pengudaraan pada peringkat ini boleh membantu menyelamatkan bahagian lain bangunan daripada terbakar.Cuma satu unit bilik sahaja yang terbakar.Laluan-laluan yang memangkin kemerebakkan api mestilah di halangi dengan pancutan jet.

Pengudaraan boleh dilaksanakan dengan 2 cara iaitu secara menegak  dan juga melintang.Dua cara ini akan menjadi lebih efektif dan berkesan apabila pancutan ‘water fog’ air yang disembur keluar akan bertukar menjadi wap di mana ianya boleh mengembang 1700 kali lebih besar daripada saiz asalnya.

 

Cth: Satu nozel yang mengalirkan air 1000 ltr/min ( secara ‘water fog’ ) tepat ke kawasan yang panas berapi,air tadi akan bertukar menjadi wap air.Ini sudah cukup untuk mengewapkan sebuah bilik berukuran 5mX14mX 25m.

Pengembangan wap air secara pantas ini akan dapat membantu menolak keluar asap- asap dan gas- gas melalui apa-apa sahaja bukaan yang wujud.Dengan itu, anggota bomba akan dapat memasuki bilik ini dengan selamat.

 

 

Salvage

 

            Salvage tidak perlu diperkenalkan lagi kepada anggota bomba kerana prinsipnya yang munasabah dan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat.

            Walaupun  sebahagian bangunan akan rosak akibat daripada operasi pemadaman kebakaran namun risiko ini akan dapat diminimumkan seandainya operasi salvage diambilkira ketika dan sesudah pemadaman.

            Peralatan-peralatan penting dalam salvage adalah salvage sheet,di mana andainya digunakan secara betul ianya dapat membantu menyelamatkan banyak barang-barang daripada kerugian disebabkan oleh ‘water damage’

            Selain salvage sheet, tukul besi dan paku bumbungdigunakan untuk membaiki atap yang rosak, penyapu, penarik air, sekop dan bucket dan lain-lain. Operasi salvage mestilah bermula secepat mungkin untuk mengelakkan lebih banyak ‘water damage’ daripada berlaku.

 

Disediakan oleh :

Bahagian Latihan,

Jabatan Bomba dan Penyelamat,  Negeri Perak Darul Ridzuan